Powered by Max Banner Ads 

Disiplin, Senjata Kejayaan

Assalamualaikum W.B.T semua…apa khabar anda hari ni? AF harap, anda semua sihat dalam melaksanakan tugasan-tugasan seharian. Pertama sekali AF nak mintak maaf sangat-sangat dengan anda semua sebab tak sempat nak update blog AF ni. AF berada dalam situasi yang teramat-amat sibuk sampaikan langsung takde masa yang boleh dicuri untuk update blog. Maafkan AF semua ye…

Kali ni AF nak kongsi dengan anda tentang disiplin. Anda semua tahu tak bahawa disiplin adalah senjata kejayaan seseorang. Tak kiralah dalam pelajaran ke, perniagaan ke, atau dalam apa bidang sekalipun, anda mesti menjadi seorang yang berdisiplin untuk mencapai kejayaan. Kerana tanpa disiplin, anda pasti tak akan berjaya.

Apa maksud disiplin tu AF? Ooo tak tahu makna disiplin ye. Baiklah, AF tak nak bagi definisi macam kat dalam kamus dewan. Sebab kalau anda nak definisi macam dalam kamus dewan, anda boleh je rujuk kamus dewan terus. Dan yang pasti, belum tentu anda faham selepas merujuk kamus dewan tu. AF akan cuba terangkan kepada anda secara mudah supaya anda faham apa yang orang sebut disiplin…disiplin…disiplin tu!

Macam ni, seorang yang berdisiplin adalah sentiasa bersistematik dan mengikut peraturan. Walaupun peraturan tersebut ditetapkan oleh diri mereka sendiri. Kebayakan dari kita, mungkin boleh mengikut peraturan yang ditetapkan oleh orang lain kepada kita. Tetapi kita tidak mampu untuk mengikut peraturan yang ditetapkan oleh diri sendiri. Kalau yang langsung tak boleh mengikut peraturan samada yang orang lain tetapkan ataupun diri sendiri, tu memang betul-betul teruk la tu tak disiplinnya.

Disebabkan blog AF ni berkisarkan bidang keusahawanan, jadi AF nak bagi contoh yang menjurus kepada keusahawanan. Sebagai seorang usahawan, semua jadual kehidupan ataupun kerja-kerja yang berkaitan dengan perniagaan, kita sendiri yang buat. Bila dah dinamakan jadual sendiri, suka hati kita la kan nak ikut jadual ke tak. Kalau anda macam mana? Ha, di sinilah peranan disiplin diperlukan. Sekiranya anda seorang yang tak berdisiplin, anda pasti tidak akan mengikut jadual yang anda tetapkan tersebut. Apabila anda tak mengikut jadual yang ditetapkan, semua kerja-kerja anda terganggu. Apabila kerja anda terganggu, tahniah…anda sedang menuju ke arah kegagalan hidup anda!

AF ada sebuah cerita yang yang boleh dijadikan contoh oleh anda semua. Ceritanya macam ni. Ada sebuah kedai menjual casing handphone. Kedai dia cuma di kaki lima je. Mereka menjual dengan buka meja tetapi tidak berubah-rubah tempat. Suatu hari AF nak pergi cari casing handphone, tetapi masa AF sampai tu, diorang baru buka kedai dan baru tengah susun-susun barang. Bila AF tanya casing yang AF nak tu, boleh diorang jawab macam ni, “Abang pergi pusing-pusing dulu, kitorang baru buka kedai. Baru nak susun barang. Lepas ni datanglah balik”. Padahal waktu tu dah pukul 12.30. Sedangkan diorang tulis buka pukul 10. Aduh…tak berdisiplinnya diorang ni. AF pun belah macam tu je tanpa datang balik. Tengok, free-free je pelanggan lari kan.

Maafkan AF kalau anda terasa hati dengan apa yang AF nak bagitahu ni ye. Tetapi ia takde kaitan dengan anda. Mengikut apa yang AF perhatikan, kebanyakan mereka yang tak berdisiplin ni, terdiri daripada orang yang muda-muda. Mereka ni biasanya bangun lewat. Sebab tu diorang lambat buka kedai. Orang lain berniaga, mereka nak berniaga juga. Tapi orang lain sebelum subuh lagi dah bangun bersiap-siap untuk berniaga, mereka pula pukul 10 pun belum tentu dah bangun.

Disiplin adalah senjata kejayaan seseorang. Orang yang berdisiplin sentiasa menyiapkan tugasan-tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka perlu menyiapkan sesuatu kerja, mereka tidak akan melengah-lengahkannya. Mereka akan sentiasa menyusun kerja-kerja mereka dengan baik. Mereka juga akan memastikan kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam sekian-sekian masa, dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan. Tak kiralah sesiapapun anda pada ketika ini, sekiranya dalam diri anda ada disiplin yang tinggi, percayalah…anda pasti berjaya mencapai apa yang anda inginkan.

Share/Save/Bookmark

Apa Yang Nak Dijual Di Internet?

Apabila anda dah mula berminat nak menceburi perniagaan internet, perkara pertama yang anda perlu fikirkan ialah apakah produk yang anda hendak niagakan di internet. Perniagaan internet juga sama seperti perniagaan secara offline(bukan internet) yang mana seseorang itu perlu tahu apakah produk yang ingin dijual. Selepas itu, barulah anda boleh menersukan langkah seterusnya.

Di dalam perniagaan internet, anda mempunyai peluang yang besar untuk berniaga apa sahaja barangan yang anda ingin niagakan. Walau bagaimana pun, produk yang anda ingin jual itu mestilah mempunyai permintaan yang tinggi. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjual baju hujan. Tetapi dalam masa yang sama musim hujan. Siapa yang nak beli baju hujan anda. Anda nampak kan macam mana?

AF ada tips untuk anda mencari idea produk yang hendak diniagakan di internet. Bagi anda yang baru bermula berniaga di internet, AF nasihatkan, anda cari suatu produk yang memang tinggi permintaannya. Janganlah anda cari produk yang kurang permintaannya. Kerana produk pertama yang mempunyai permintaan yang tinggi akan memberikan idea yang paling hebat untuk anda menghasilkan produk yang seterusnya nanti.

Carilah produk yang tinggi permintaannya di internet. Untuk mengetahui bagaiamanakah cara untuk mengetahui sesuatu produk yang mempunyai permintaan tinggi, AF tak nak ajar anda lagi. Sebab AF takut anda pening. Cuma apa yang penting, anda cuba untuk mengaplikasikan tips yang AF kongsikan ni ye.

Sebagai contoh, anda telah mengeluarkan ebook “Bagaimana Nak Berniaga T-shirt Di internet” dan ia mendapat sambutan yang membanggakan. Tidak lama selepas itu, mungkin anda boleh menjual ebook “Cara Professional Design T-shirt Sendiri”. Maka orang yang membeli produk anda suatu ketika dulu, pasti akan mendapat suatu nilai tambah yang akan lebih menguntungkan mereka. Kerana mereka dah pandai menjual t-shirt di internet. Lepas tu, pandai design sendiri pulak untuk pelanggan-pelanggan mereka.

Selain itu juga, sebelum anda ingin berfikir untuk menjual apa di internet, AF nasihatkan kepada anda, anda cubalah untuk mengetahui selok-belok perniagaan internet terlebih dahulu. AF bukan nak suruh anda belajar sampai pandai. Tetapi AF nak anda terdedah dengan dunia perniagaan internet terlebih dahulu. Apabila anda dah melilau-lilau mencari maklumat, pada masa itu anda akan mendapat banyak idea apakah produk yang anda nak jual. Ha, inilah kelebihan perniagaan internet. Anda boleh berniaga dari sebesar-besar produk, hinggalah ke sekecil-kecil produk.

Sebagai kesimpulannya, AF nak nasihatkan kepada anda yang berminat nak menceburi perniagaan internet, cubalah anda trokai dulu bagaimanakah konsep perniagaan internet dan juga pemasarannya. Anda boleh pergi ke kursus-kursus ataupun mencari maklumat-maklumat daripada internet untuk menambah pengetahuan anda. Apabila anda faham konsepnya, maka anda akan faham apakah produk yang boleh anda keluarkan. InsyaAllah di lain masa, AF akan cuba berikan contoh kepada anda.

Share/Save/Bookmark

Usahawan Hanya Dari Rumah

Kebayakan masyarakat kita pada hari ini tidak mahu menceburi bidang keusahawanan kerana mereka menganggap bidang ini adalah suatu bidang yang susah. Mereka cenderung untuk memilih kerjaya makan gaji kerana bagi mereka, mereka akan mudah-mudah mendapat gaji setiap bulan. Mereka tak perlu untuk memeningkan kepala mereka dengan berfikir bagaimana untuk memulakan perniagaan dan menguruskannya supaya terus maju dan berkembang pesat.

Tahukah anda dengan kecanggihan teknologi masa kini, sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan. Yang lebih menggembirakan lagi, usahawan tersebut boleh menjalankan perniagaan mereka hanya dari rumah tanpa keluar ke mana-mana. Waaa…hebatnya AF! Tapi macam mana tu? Teringin jugak nak tahu ni?

Macam ni, dengan menggunakan kecanggihan teknologi internet pada masa kini, sesiapa pun boleh menjadi usahawan dengan menjalankan perniagaan melalui internet. Perniagaan internet ini telah lama popular dan ramai telah menjadi usahawan sepenuh masa dengan menjana pendapatan yang lumayan hasil dari perniagaan mereka. Dan yang paling membuatkan anda menelan air liur, telah ramai juga yang menjadi jutawan. AF ulangi, JUTAWAN!!!

Mesti ramai yang tengah berkerut dahi ni kan? Bagi yang pernah dengar pasal perniagaan internet ni, mungkin tak ada masalah bagi anda. Tetapi bagi yang tak pernah dengar pula, memang penuh tanda soal agaknya kat dalam fikiran anda ye. Hehehe! Tetapi, mungkin ada juga yang pernah terkena dengan pelaburan-pelaburan haram di internet suatu ketika dulu. AAiii…ni yang nak marah kat AF ni. Anda semua jangan risau…apa yang AF nak kongsikan ni bukan pelaburan-pelaburan haram yang pernah membuatkan anda papa kedana suatu ketika dahulu. Tetapi ini adalah sebuah kerjaya yang akan memberikan suatu sinar baru dalam hidup anda semua nanti. InsyaAllah…

Biar AF terangkan kepada anda secara ringkas ye. Perniagaan internet ni adalah sebuah perniagaan yang 100% dijalankan melalui sambungan talian internet. Anda boleh menjual apa sahaja barangan samada produk fizikal, produk digital, ataupun perkhidmatan. Contoh produk fizikal ialah seperti barangan yang boleh dirasa dengan tangan seperti beg, kain batik, buku, anak patung, cadar, dan apa-apa sahaja yang boleh dirasa. Produk digital pula seperti ebook, software, audio, video, dan sebagainya. Perkhidmatan pula meliputi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan seperti perkhidmatan alih bahasa dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, perkhidmatan membuat rekabentuk kulit majalah, penulis artikel, dan sebagainya.

Penjual dan pembeli/pelanggan akan berurusan tanpa bersua muka antara satu sama lain. Terbanyak banyak kelebihan menjalankan perniagaan internet ini berbanding perniagaan yang dijalankan secara offline(Bukan internet). Antaranya ialah, modal yang diperlukan adalah lebih murah, boleh dijalankan di mana-mana sahaja selagi ada sambungan internet, dan yang paling hebat ialah sasaran pelanggan tanpa sempadan. Hebat bukan? Dengan menjalankan perniagaan internet hanya dari rumah sahaja, anda boleh mendapat pelanggan dari seluruh dunia.

AF tahu…masih ramai yang kurang faham dengan apa yang AF kongsikan ni kan? Atupun, mungkin ada yang tak faham langsung. Bagi yang masih kurang faham tu, janganlah anda risau. Anda akan memahaminya sedikit demi sedikit sekiranya anda benar-benar ingin mengetahuinya. AF pun akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan maklumat kepada anda. Lepas ni, rajin-rajinlah jenguk blog AF ni ye.

Dengan sedikit pendedahan berkenaan perniagaan internet di atas, AF harap tidak ada lagi yang memberi alasan untuk tidak menceburi bidang perniagaan. Mulakan langkah pertama anda sekarang sekiranya telah lama tertanam hasrat untuk menjadi usahawan. Tak kiralah samada sacara separuh masa ataupun sepenuh masa. Tetapi nasihat saya jadilah usahawan sepenuh masa setelah semua faktor telah dipertimbagkan kerana kejayaan anda bergantung kepada sejauh mana usaha yang anda laburkan terhadap perniagaan anda. Dengan Walau bagaimanapun, anda mesti mempelajari selok-belok perniagaan internet ini. Kerana perniagaan internet juga adalah sebuah ‘perniagaan’ yang sama konsepnya dengan perniagaan-perniagaan lain. Setiap bidang perniagaan yang diceburi, ia memerlukan ilmu yang secukupnya untuk seseorang itu berjaya.

Share/Save/Bookmark

Apa Yang Anda Inginkan Dalam Kehidupan?

Assalamualaikum W.B.T semua…

Apa khabar anda semua? AF harap, anda semua sentiasa sihat dan ceria disamping insan-insan tersayang yang sentiasa menemani anda di sisi.. Selagi mereka ada di sisi, hargailah segala apa yang mereka curahkan kepada anda. Kerana tanpa sokongan dari mereka, tentu sukar untuk kita mencapai sesuatu matlamat yang ingin dicapai Dalam kehidupan AF, AF telah kehilangan dua insan yang tersayang iaitu abang dan ibu AF. Kedua-dunya adalah penyokong yang paling kuat dalam segala bidang yang AF ceburi. Tapi kini, mereka telah pergi untuk selama-lamanya meninggalkan AF. Walau mereka telah tiada, AF telah bertekad untuk meneruskan segala cita-cita yang AF nak capai tu. Malah, AF mesti berusaha lebih kuat lagi untuk merealisasikan impian AF. AF telah berjanji dengan arwah ibu dan abang AF untuk berjaya di dalam bidang perniagaan yang AF ceburi. Kejayaan AF adalah suatu hadiah yang paling bermakna buat arwah ibu dan abang AF.

Apalah AF ni kan, nak bersentimental la pulak. Hehehe. Sebenarnya AF ada sesuatu nak bertanya kepada anda semua ni. Sebagai seorang manusia, apa yang anda inginkan dalam hidup anda? Maksud AF, apa yang anda ingin capai dalam kehidupan anda? Ok, biar AF cerita sikit apa yang AF inginkan dalam hidup AF ye. Setiap manusia berbeza-beza apa yang mereka inginkan. Tetapi sesiapa yang mempunyai matlamat yang sama macam AF, bolehlah kita berkongsi-kongsi maklumat dan berbincang-bincang lepas ni ye.

Apa yang AF nak capai dalam hidup AF ialah, AF nak jadi orang kaya. Sebab itulah AF menceburi bidang perniagaan. Tambah-tambah AF memang minat bidang perniagaan ni. Entahlah…sejak kecil lagi AF memang nak sangat jadi orang kaya. Alaa AF ni, siapa-siapa pun nak jadi kaya. Cuba tanya kat sesiapa, “kalau awak diberi pilihan, awak nak jadi kaya ke miskin?”, mestilah dia jawab nak jadi kaya AF. Betul tak? Iye, betul, AF memang tak nafikan perkara ni. Cuma masalahnya, berapa ramai dalam yang ramai-ramai jawab nak jadi kaya tu, memang betul-betul bertindak untuk menjadi kaya. Ha, barulah kita boleh tengok siapa yang betul-betul nak jadi kaya dan siapa pula yang hanya sekadar ‘nak kaya’, tapi langsung tak bertindak untuk jadi kaya.

Bagi AF, AF ada sebab tersendiri kenapa AF nak jadi kaya. Pertama sekali AF nak jadi kaya sebab nak memiliki kemewahan dari segi kebendaan. Nak pakai kereta mewah seperti BMW 525i ke, BMW 745i ke, Mercedes Benz CLS 350 ke, Nissan Fairlady ke, Ferrari ke, dan apa-apa lagilah yang boleh dikategorikan kereta yang ‘mampu dimiliki oleh orang-orang kaya’. Kalau tak kaya, macam mana nak bungkus bawak balik kereta-kereta tu semua. AF memang minat sangat dengan kereta-kereta ni semua. Selain kereta, AF juga ingin membina rumah banglo mewah, pergi melancong, memiliki aset berates-ratus juta, dan boleh beli semua benda yang AF nak.

Dari segi kerohanian, AF nak jadi kaya sebab AF rasa sebagai manusia yang diberi kudrat dan juga akal oleh Allah, sepatutnya AF gunakan segala kelebihan-kelebihan tu untuk mencapai suatu pencapaian yang maksimum dalam hidup. Kalau setakat pergi kerja, balik kerja, cukup bulan dapat gaji, Tak perlu nak fikir apa-apa, tak perlu nak rancang apa-apa. Rasa macam tak best la pulak kan. Iyelah, sesiapa pun boleh buat macam tu.. Padahal anugerah yang Allah bagi kepada kita jauh lebih mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih dari itu.

Seterusnya, sekiranya AF menjadi seorang usahawan dan kaya raya, ia merupakan suatu jihad. Iye, Perniagaan adalah suatu jihad. Jihad dalam kita memperjuangkan perniagaan kita untuk terus berkembang dari semasa ke semasa. AF tak nafikan, salah satu sebab kenapa kebayakan orang takut untuk menjadi usahawan ialah sebab malas nak berfikir dan menyerabutkan kepala. Sedangkan, di sinilah terletaknya ganjaran pahala yang besar kerana kita berjuang untuk membangunkan dan memajukan perniagaan kita. AF tak nak lepaskan peluang untuk mendapat ganjaran besar melalui perniagaan ini. Itulah secara ringkas kenapa AF nak jadi kaya. Sebenarnya banyak lagi, tapi nanti AF sambung lain kali ye.

Setakat hari ini, boleh dikatakan AF berpuas hati dengan pencapaian AF sekarang. Walaupun AF masih belum mencapai ke tahap yang AF hajatkan, tetapi AF sudahpun berada di pertengahan jalan yang betul untuk menuju ke arah itu. AF akan terus berusaha untuk mencapai matlamat yang sememangnya telah terpahat kukuh di hati AF.

Bagaimana pula dengan anda? Cuba cerita sikit kat AF boleh? Ada tak yang sama macam matlamat AF? Kalau ada yang kata AF ni pelik, AF tak terkejut pun. Sebab memang dah ramai sangat yang kata AF ni pelik. Tetapi, apa salahnya kita berusaha untuk mencapai sesuatu yang tak mustahil dan memang sudah terbukti boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Cuma apa yang membezakan antara AF dengan orang yang mengatakan AF pelik ialah, mereka tidak mendapat hidayah seperti yang AF dapat. Allah hanya akan memberi hidayah kepada sesiapa yang cenderung terhadap sesuatu perkara. Sekiranya anda tak pernah cenderung sedikit pun nak jadi jutawan, macam mana Allah nak bagi hidayah untuk anda menjadi jutawan. Segala-galanya perlu dimulakan dari diri anda sendiri dulu sebelum Allah mempermudahkan jalan untuk anda.

Nasihat AF, tetapkanlah matlamat anda apakah yang anda ingin capai dalam hidup anda. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang AF kongsikan, AF faham. Kerana setiap manusia mempunyai matlamat yang berbeza-beza. Cuma apa yang AF ingin tekankan, sekiranya anda ingin menjadi orang kaya ataupun jutawan, ceburilah bidang keusahawanan. Kerana ia adalah jalan untuk anda menuju ke arah itu. Anda jangan ingat ia sesuatu yang mustahil. Kerana Allah telahpun menyediakan rezeki yang luas di dalam bidang keusahawnan ataupun perniagaan. Cuma terpulang sahaja kepada anda samada ingin berusaha mendapatkan rezeki itu ataupun hanya sekadar bermain kata di pinggir bibir yang tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Share/Save/Bookmark


 Powered by Max Banner Ads 
Buy Verizon Cell Phones and Save. | Thanks to Bank Rates & Reviews, CD Rates and UK Loan